JAWATANKUASA PEMANDU

PERANAN PENAUNG/PENGERUSI JAWATANKUASA PEMANDU

  • Menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan EKSA
  • Membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA
  • Menentukan belanjawan dan mengenalpasti sumber-sumber kewangan
  • Menetapkan polisi, peraturan dan garis panduan
  • Mengenalpasti ahli-ahli jawatankuasa, fasilitator dan ketua-ketua zon
  • Menetapkan sistem pengiktirafan/penghargaan dan anugerah
  • Mengawas dan menilai kemajuan perlaksanaan EKSA ( dengan bantuan JK Audit)
  • Memberi galakan untuk penyertaan dalam aktiviti EKSA (dengan bantuan JK Promosi)
  • Melatih dan membimbing pekerja ke arah pembentukan amalan-amalan kebersihan (dengan bantuan JK Latihan)


PERANAN JAWATANKUASA LATIHAN

  • Mengenalpasti dan merancang program latihan dan kesedaran kepada warga LADA
  • Menyediakan pelan latihan bagi memupuk kefahaman konsep dan Amalan EKSA kepada semua warga kerja LADA
  • Mengenal pasti jenis latihan yang diperlukan dari masa ke semasa bagi mengukuh aktiviti Amalan EKSA serta amalan peningkatan kualiti yang lain. (Keperluan latihan yang diperlukan boleh dirujuk kepada hasil keputusan audit aktiviti Amalan EKSA)
  • Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberi peluang untuk menghadiri latihan secukupnya


PERANAN JAWATANKUASA AUDIT

  • Menyediakan kriteria senarai semak proses audit dan garis panduan pelaksanaan audit
  • Melantik juruaudit dalaman EKSA
  • Merancang dan menentukan kekerapan aktiviti audit dalaman EKSA
  • Mencadangkan penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti semasa proses audit
  • Melakukan pemeriksaan dan tindakan susulan jika perlu
  • Menyediakan laporan keseluruhan audit kepada Jawatankuasa Pemandu Amalan EKSA LADA
  • Menggunakan kriteria audit EKSA yang disediakan oleh MAMPU (Lampiran 1)
  • Menyemak kriteria audit dari masa ke semasa mengikut keperluan


PERANAN JAWATANKUASA PROMOSI

  • Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi EKSA
  • Memastikan pelaksanaan pelan promosi ke arah membina kesedaran Amalan EKSA kepada semua warga kerja dalam organisasi
  • Merancang dan memperuntukkan perbelanjaan bagi memastikan aktiviti promosi dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang
  • Merancang dan menganjurkan pertandingan EKSA (kebersihan, poster, banner dan lain-lain)
  • Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan
  • Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA di kalangan warga kerja kepada Jawatankuasa Pemandu


PERANAN SEKRETARIAT

  • Menjadi urusetia mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Amalan EKSA LADA
  • Menyelaraskan Program Amalan EKSA LADA
  • Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan Amalan EKSA kepada Jawatankuasa Pemandu EKSA
  • Menyimpan rekod utama dan minit berkait dengan pelaksanaan Amalan EKSA
  • Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit
  • Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan Amalan EKSA dalam organisasi
  • Memastikan aktiviti EKSA dijalankan secara sistematik dan berterusan