PINTU STOR
-
Pintu stor hendaklah mempunyai perkara-perkara seperti berikut :
- Pelan lantai stor
- Borang permohonan stok
- Tanda amaran “Dilarang Masuk” dipamerkan dengan jelas
- Jadual waktu pengeluaran - dipamerkan di luar stor
DALAM STOR
- Pastikan stor sentiasa bersih, tidak berdebu dan tersusun kemas
- Terdapat tanda/label/abjad bersesuaian bagi tiap-tiap bahan/ komponen barangan (mengikut tatacara pengurusan stor)
- Mempunyai sistem rekod yang sesuai untuk merekod barang tersebut diambil/dicapai/dicari
- Tidak terdapat sampah/sisa/bahan tidak diperlukan berada di dalam stor
- Peralatan sokongan pengurusan stor dalam keadaan baik dan berfungsi (contoh: tangga dan troli)
- Boleh menggunakan unsur-unsur kreativiti (tertakluk kepada peraturan dan garis panduan) dalam pengurusan, penjagaan dan penyelenggaraan stor tetapi melambangkan imej korporat
- Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat yang strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai
SIMPANAN BARANG STOR
- Barang-barang disusun dengan teratur supaya tidak menghalang kerja-kerja pemunggahan dan laluan kakitangan stor
- Barang-barang disusun mengikut pengeluaran secara Masuk Dulu Keluar Dulu / First In First Out (MDKD/FIFO)
-
Penggunaan ruang stor hendaklah mengikut jenis dan ruang yang ada seperti berikut :
- Ruang stor hendaklah dibahagi mengikut kumpulan barang seperti bahan kimia, alat ganti atau makmal dan sebagainya
- Setiap kumpulan barang ditanda menggunakan abjad atau nombor atau kedua-duanya sekali
- Setiap para melintang diberikan satu huruf dan setiap jalur kotak diberikan satu nombor. (contoh : Botol liquid paper terletak di Seksyen B, rak Nombor 2, para B dan kotak nombor 2)
- Stok yang asalnya berada di dalam bekas, kotak, tin, peti dan sebagainya hendaklah kekal penyimpanannya dan hendaklah dilabel untuk mudah dilihat
- Setiap bekas hendaklah mengandungi satu jenis stok barang yang sama
- Bagi barang-barang yang tercerai hendaklah diletakkan di dalam bekas yang berukuran bersesuaian dan tidak boleh dibungkus tetapi hendaklah disusun dengan kemas
- Pastikan bahan-bahan yang rosak tidak bercampur dengan bahan yang masih boleh digunakan
- Barang-barang berharga dan menarik hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan dikawal oleh pegawai yang bertanggungjawab
- Pengeluaran barang dibuat sendiri oleh pegawai-pegawai yang diberi kuasa (pemesan/pegawai stor) dengan menggunakan borang Kew.PS-10 (stor utama) atau Kew.PS-11 (stor unit/bahagian)
- Kad petak (bin card) mestilah berada bersama-sama dengan barang
SIMPANAN BARANGAN TOKSIK
- Barangan toksik perlu disusun dengan kemas dan teratur mengikut kawasan/garisan pemisah yang telah ditetapkan dan perlu dilabel
- Peralatan seperti rak/pallet/alatan sokongan lain untuk kegunaan simpanan barangan toksik perlu digunakan dengan sebaiknya
- Tiada barangan lama yang sudah rosak, luput jangka hayat dan tidak digunakan lagi
- Peralatan yang digunakan untuk mengangkat atau menyimpan barangan toksik berkeadaan baik
- Mempunyai tanda arah/label/abjad bagi setiap barangan siap
- Sistem susunan yang berkesan dan terdapat rekod pengeluaran
- Tanda arah, petunjuk dan peringatan perlu diletakkan di tempat yang strategik serta mudah dilihat oleh orang ramai
KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN STOR
-
Alat pemadam api yang memenuhi kriteria berikut :
- Mempunyai sijil yang masih berkuatkuasa dari pihak Bomba
- Prosedur operasi hendaklah diletakkan bersebelahan
- Digantung pada bracket yang dipasang di dinding dan berparkir
- Sistem Pencegahan Kebakaran (contoh: sistem water sprinkler dan hose reel)
- Pencahayaan yang mencukupi
- Tanda amaran seperti “Dilarang Merokok” dan “Mudah Terbakar” dipamerkan dengan jelas
- Tangga dan troli hendaklah diletakkan di tempat mudah dicapai dan berparkir