PENGLIBATAN PENGURUSAN ATASAN

Penglibatan Pengurusan atasan seperti Pengurusan Tertinggi dan Pengurusan dalam pelaksanaan EKSA amat dikehendaki demi kelangsungan amalan EKSA di LADA

DARI SEGI PENAMPILAN DIRI DAN IMEJ

Mempamerkan keperibadian yang tinggi seperti perwatakan ceria, bersemangat, cara pakaian, dandanan dan fesyen rambut yang normal dan kemas serta kebersihan diri sesuai dengan imei penjawat awam

PERHUBUNGAN DENGAN RAKAN SEJAWAT

Mempamerkan usaha bersama/ kerja berpasukan seperti gotong royong, kreativiti, mesyuarat dan sebagainya

PERHUBUNGAN DENGAN PELANGGAN

Hubungan berorentasikan pelanggan seperti mempamerkan senyuman, budi bahasa, sopan santun, bertatasusila dan sedia membantu

KECEKAPAN DAN KEMAHIRAN DALAM MELAKSANAKAN TUGAS

Mempamerkan kecekapan dalam menguruskan tugas seperti kesetiaan dan komitmen yang tinggi pada tugas, proaktif, mahir dan berpengetahuan dengan tugas hakiki dan berinisiatif