Langkah-langkah keselamatan berikut perlu diambil bagi menjamin suasana kerja yang selamat :
  • Laluan utama tidak dihalang dengan barang-barang atau peralatan yang tidak diperlukan (contoh : pasu bunga, fire extinguisher, kotak-kotak dan sebagainya)
  • Pintu rintangan api dan pintu kecemasan hendaklah sentiasa ditutup dan tidak dihalang
  • Tidak membuat pendawaian tambahan tanpa kebenaran
  • Tiada aktiviti memasak dilakukan di mana-mana ruang kecuali pantri
  • Tanda-tanda amaran keselamatan yang dipamerkan hendaklah jelas (contoh : Dilarang Merokok, tanda KELUAR dan AWAS)
  • Tangga-tangga laluan kecemasan tidak dihalangi (contoh : barang-barang pra pelupusan)
  • Tiada aktiviti merokok di persekitaran luaran dan dalaman LADA (contoh : pantri, kafeteria, stor, bilik fail, bilik air, ruang tangga, ruang awam dan sebagainya)
  • Peralatan-peralatan rosak hendaklah dilapor dan diselenggarakan dengan segera
  • Memastikan anak kunci dilabel/ditanda dan memenuhi tatacara keselamatan
  • Menyediakan buku log peminjaman kunci dan dikemaskini
  • Menyediakan pelan tindakan kecemasan yang meliputi arahan keselamatan, latihan pengusian bangunan, tanda amaran, pelan laluan kecemasan dan tempat berkumpul serta tanda arah laluan kecemasan
  • Dokumen-dokumen terperingkat perlulah diselenggarakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan maklumat kerajaan hendaklah dijaga keselamatannya
  • Memastikan alat pemadam menepati kriteria berikut :
    1. Penyelenggaraan secara berkala
    2. Mempunyai Tatacara Penggunaan
    3. Berkeadaan bersih
    4. Diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah dicapai
  • Prosedur dan latihan pengungsian bangunan (fire-drill) hendaklah dilaksanakan sebagaimana Arahan Keselamatan
  • Peruntukan Arahan Keselamatan dipatuhi sepenuhnya