PAPAN TANDA JABATAN/PAPAN TANDA ARAH/PETUNJUK

  • Papan tanda jabatan, papan tanda arah/ petunjuk hendaklah diletakkan di lokasi penting iaitu tandas, pintu keluar, bilik mesyuarat dan lain-lain tempat sekiranya perlu
  • Berada dalam keadaan baik, tidak berdebu dan sentiasa bersih
  • Saiz yang sesuai dan senang difahami
  • Mudah dilihat oleh orang ramai dan kedudukannya strategik
  • Berkonsepkan imej korporat Jabatan

MEDIA/BAHAN PAMERAN

  • Bahan media atau bahan pameran yang dipamerkan di papan notis atau papan kenyataan di seluruh Bahagian perlu berada dalam keadaan baik, tidak berdebu dan sentiasa bersih
  • Bahan-bahan tersebut perlu dikemaskini mengikut keadaan semasa
  • Penampilan media/bahan pameran yang dipamerkan perlu berkualiti, berimej korporat, kemas dan teratur
  • Penggunaan kreativiti mempamerkan bahan tersebut adalah digalakkan supaya dapat menarik perhatian pelanggan