BILIK PENCETAKAN/DOKUMENTASI
- Pastikan lantai bilik sentiasa bersih, tidak berdebu, tidak terdapat lubang, rekahan atau sebarang kecacatan lantai
- Peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik, berfungsi dan perlu dilabelkan dengan nama atau simbol alatan
- Peralatan dan bahan kerja perlu disusun dengan teratur dan boleh dilabelkan dengan nama alatan dan disimpan di tempat pemakiran atau almari yang telah disediakan supaya mudah diperolehi dan disimpan semula
- Penggunaan label yang sesuai untuk membezakan aktiviti/ barangan/perkhidmatan (Contoh: label barang siap, barang dalam proses, rosak, pelupusan dan lain-lain).
MESIN DAN PERALATAN
- Mesin diletak di tempat yang sesuai dan selamat serta tidak menghalang pergerakan proses kerja
- Sentiasa memastikan mesin dalam keadaan bersih, tidak berhabuk, berminyak, berkarat dan sebagainya kerana ia boleh memendekkan jangka hayat mesin
- Pastikan tiada barang yang diletak di atas atau di bawah mesin terutamanya bahan yang berbentuk cecair
- Perlu meletakkan tanda berhati-hati seperti (AWAS) pada bahagian yang merbahaya sebagai peringatan kepada pekerja lain
- Mempunyai tanda maklumat pengenalan bagi setiap mesin mengikut kesesuaian
- Mesin yang rosak hendaklah diletakkan berasingan untuk dibaiki atau dilupuskan
- Jadual penyelenggaraan mesin perlu disediakan untuk pemantauan mesin