IMEJ KORPORAT

Merujuk kepada identiti atau persepsi pelanggan/pihak berkepentingan terhadap persekitaran, tindakan dan pencapaian setiap zon. Keselamatan persekitaran perlu diberi keutamaan. Antara kawasan yang memerlukan penampilan imej korporat ialah

  • Kaunter
  • Susun atur perabot
  • Ruang guna sama

KREATIVITI DAN INOVASI

Dalam usaha mempertingkatkan produktiviti di tempat kerja Warga LADA digalakkan membudayakan elemen kreativiti dan inovasi semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab masinG-masing. Warga LADA digalakkan untuk sentiasa berfikir di luar kotak (out of the box) untuk menghasilkan persekitaran kerja yang kondusif dan selamat. Antara perkara yang menampak kreativiti dan inovasi ialah:

  • Tempat simpanan alat tulis
  • Pelabelan
  • Memendekkan proses kerja

AMALAN HIJAU

Aspek amalan hijau ditekankan di tempat kerja dan membuat analisa penjimatan kepada amalan penjimatan yang dilaksanakan. Antara amalan yang boleh dilakukan ialah:

KITAR SEMULA
PERINGATAN PENJIMATAN
PENJIMATAN ELEKTRIK
PENJIMATAN KERTAS

PERSEKITARAN KONDUSIF

Penekanan diberikan kepada penyampaian perkhidmatan, mesra pelanggan dan memberi keselesaan semasa berurusan. Contoh aktiviti ini ialah:

  • Kemudahan pekerja OKU
  • Ruang kerja yang kemas
  • Ruang menunggu

KEPELBAGAIAN AGENSI

Penilaian dalam auditan adalah merangkumi aspek generik dan khusus kerana mengambil kira kepelbagaian premis dan mengikut jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one size fits all semasa dalam amalan 5S kurang mencukupi keperluan kepelbagaian agensi.